Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Friday, November 11, 2011

Bajet 2012: Syariah diketepikan?

Dalam sejarah awal Islam, isu belanjawan negara bukan isu yang penting. Bahkan agak sukar untuk mencari kisah dalam sejarah Nabi sallallahu alaihi wasallam yang mana umat Islam menunggu dengan penuh antisipasi ucapan Rasul sallallahu alaihi wasallam berkenaan perancangan kewangan negara Islam pertama Madinah. Salah satu faktor utama kenapa keadaan tersebut tidak pernah berlaku ialah kerana kerajaan Islam dahulu berbentuk 'small government'.
Dalam bentuk tersebut, kerajaan tidak campur tangan secara aktif dalam aspek kewangan awam (public finance) berbanding sekarang. Sebagai contoh, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dibekalkan oleh kerajaan tetapi oleh institusi waqaf atau oleh individu persendirian. Oleh sebab itu kerajaan pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan dengan itu juga tidak perlu mengutip cukai daripada rakyat. Negara Islam hanya mewajibkan rakyat membayar zakat kepada golongan yang layak menerima zakat.
Tambahan pula, disebabkan rakyat sangat gemarkan pahala, rakyat sering mengifaqkan harta mereka kepada kerajaan dan semasa pemerintahan Khalifah Umar, harta negara di Baitulmal melebihi perbelanjaan.
Tetapi sekarang di Malaysia keadaan adalah sangat berbeza. Bukan sahaja acara pembentangan bajet adalah acara yang penting, harta kerajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Kedua-dua aspek ini akan saya huraikan dengan lebih terperinci.
Pembentangan bajet adalah antara acara-acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Ia disebabkan semua pihak menyedari kemungkinan kehidupan mereka akan terkesan dengan hebat akibat daripada keputusan-keputusan yang terkandung dalam belanjawan yang bakal dibentangkan. Kerajaan sekarang sudah menjadi 'Big Government'. Kalau dahulu perbelanjaan kerajaan Islam tersangat kecil dan tidak memberi kesan kepada rakyat jelata, sekarang ia berjumlah berbilion ringgit dan memang telah memberi impak kepada banyak pihak.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berjumlah RM232.8 bilion. Disebabkan KNK negara pada tahun 2011 dianggarkan berjumlah RM827.7 billion pada tahun 2011, maka perbelanjaan kerajaan dianggarkan 28.1% peratus dari KNK negara pada tahun ini, satu jumlah yang sangat besar.
Hampir kesemua golongan rakyat Malaysia tersenyum mendengar ucapan beliau. Hal ini tidak menghairankan kerana pelbagai bantuan diberikan kepada berbagai-bagai kumpulan, dari peruntukan membaik pulih rumah nelayan berjumlah RM300 juta kepada peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk membekalkan perkhidmatan jalan raya dan air bersih kepada penduduk luar bandar, daripada peruntukan pembinaan hospital kanak-kanak dan wanita berjumlah RM700 juta kepada pengecualian caj hospital kerajaan kepada warga emas berumur 60 ke atas.
Tetapi sepatutnya bagi seseorang yang menghayati Islam sepenuhnya, semua penilaian berkenaan apa-apa sekalipun mestilah berdasarkan kaca mata Islam atau Syariah. Oleh itu persoalan yang mesti didalami oleh kita semua ialah adakah Bajet 2012 baik atau buruk dari pandangan Syariah?
Malangnya jawapannya ialah tidak dan ia tidak susah untuk diterangkan. Bajet ini ialah bajet yang memerlukan kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperoleh pada kadar 4.7 peratus dari KNK. Ia bermakna kerajaan akan terpaksa berhutang sebanyak RM45.9 billion. Sementara itu hutang kerjaan terkumpul setakat ini adalah RM437 billion dan menurut Laporan Bank Negara yang terkini, jumlah hutang negara diramalkan meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM455.75 billion pada akhir tahun 2011.
Dalam erti kata yang lain, Bajet 2012 ini akan membuat keadaan kewangan kerajaan lebih tenat kerana beban hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Peratus hutang awam terkumpul berbanding KNK (atau public debt as % of GDP) Malaysia sekarang tidak berganjak pada 52.2% walaupun jumlah KNK diramalkan meningkat pada kadar 4.4%. Ini bermakna pertambahan ekonomi negara tidak membantu dalam usaha mengurangkan beban hutang kerajaan.
Jelaslah bahawa jika kerajaan tidak melakukan sesuatu terhadap masalah ini dengan segera, Malaysia tidak mustahil akan berhadapan dengan masalah ekonomi yang rumit dalam masa terdekat, seperti yang sedang dialami oleh negara-negara di Eropah seperti Greece, Sepanyol, Ireland dan Itali.
Di samping itu, apa yang sangat-sangat menyedihkan kita ialah hampir kesemua hutang kerajaan melibatkan amalan riba dan oleh itu ia adalah HARAM dari kaca mata Islam. Adakah pemimpin dan rakyat negara kita langsung tidak peka dengan implikasi apabila beramal dengan amalan yang dibenci oleh Allah? Adakah kita semua sudah lupa dengan firman Allah di dalam surah al-A’raf, ayat 96 yang bermaksud:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri it, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Oleh yang demikian, amatlah penting bagi kita semua menyeru kerajaan supaya mengambil langkah segera dari sekarang untuk memastikan bahawa segala perbelanjaan yang dirancang adalah dari sumber yang tidak memerlukan kerajaan berhutang.
Kita juga perlu menyeru kepada parti pembangkang supaya bertindak dengan cara yang bertanggungjawab, supaya tekanan dan kritikan yang diberikan bukan bermatlamatkan kepentingan politik kepartian jangka pendek sahaja, tetapi hendaklah memfokuskan kepada isu `Maqasid Syariah’ serta `Kepatuhan Syariah’. Dengan cara ini tekanan dan kritikan yang diberikan tidak akan memaksa kerajaan untuk menambahkan hutangnya untuk mendapat keuntungan politik dan sokongan rakyat tetapi sebaliknya akan membawa kerajaan balik kepada landasan Syariah.
Akhir sekali, kita semua mesti giat berdoa kepada Allah semoga diberi hidayah oleh-Nya terhadap semua pemimpin kita. Mudah-mudahan Allah akan memelihara masyarakat dan negara kita yang tercinta ini supaya kita semua dapat hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera.

Thursday, November 10, 2011

MATIMU HINA PADA MANUSIA, WANGI MENUNGGU DI SYURGA~HASSAN AL BANA

loading.....buffering....haaa..tengah tunggu mode mengarang...baru lepas exam first paper...alhamdulillah..dapat jawab semua tapi tak pasti diterima ke tidak...bismilahi tawakal tu'alallah...


agak-agak hari ni nak menulis tentang sape ek?setelah dilanda ribut kekacauan jiwa beberapa hari yang lalu, antara langkah yang ana ambil selain mendekatkan diri dengan Allah ialah membaca buku. disamping itu, boleh juga memenuhkan muwasofat tarbiyah ana. hehehe...almaklum, ana ni orang ya sukar membaca tapi suka menulis...alhamdulillah..begitulah manusia diciptakan..bervariasi enggak?? ada kelebihan ada kekurangan..


sepanjang tempoh tersebut, buku yang menjadi pilihan hati kecilku ini ialah DAKWAH & TARBIAH menurut pandangan Haassan Al-Bana. sape Hasan Al-Bana ni?eh....ade yang tak kenal ke...mustahil...baik,..beliau adalah pemimpin pertama Ikhwanul Muslimin(IM) di Mesir.merupakan pelopor kebangkitan menetang Yahudi di Palestin. akhlaknya menyerupai Rasulullah lantaran hidupnya yang berpandukan Al-Quran & As-Sunnah. jika anda membaca buku ini, anda akan jatuh cinta kepadanya seperti anda jatuh cinta kepada Rasulullah. tapi of course la Rasulullah lebih lagi kan..selawat dan salam ke atas baginda..


yang hendak ana ceritakan di sini ialah tentang kisah sebenar bagaimana syahidnya Hasan dan bagaiamana kejamnya jenazah allahyarham di uruskan. nak tahu...jeng je jeng..teruskan bacaan anda...


pada tanggal 12 Februari 1949, ketika keluar dari pejabat agung IM di jalan Malikah Nazili di Kaherah bersama abang iparnya, imam Hassan telah ditembak sewaktu berada di dalam kereta.

  1. tembakan pertama menembusi dada kana syeikh imam Hasan
  2. tembakan kedua sebanyak LIMA DAS TEMBAKAN di belakanganya apabila beliau cuba menoleh
  3. tembakan ketiga di peha kirinya apabila beliah hendak berdiri kerana terkejut
kejam bukan? paling kurang, allahyarham menerima 7 peluru kejam dari musuhnya. setelah sedar dari kebingungan, pemandu pun memecut membawa syeikh Hasan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. sebab dah kritikal dah ni...sampai di hosptal, doktor mendapati keadaan belaiu memang teruk...peluru yang menembusi dadanya telah memecahkan sebatang tulang rusuk beliau sekaligus merosakkan bahagian dalam tubuhnya. dipercayai, di hospital, kecederaan syeikh imam tidak dipeduli oleh pihak hospital atas arahan musuh utama beliau iaitu pemerintah Mesir pada ketika itu iaitu Faruq sehinggakan setelah kematian syeikh Hassan Faruq mengeluarkan kata-kata di bawah:

" sekarang baharulah kukuh singgahsanaku"

astaghfirullah...betapa jengkelnya pemikiran yang dibawa oleh Zionis pada waktu itu. disebaliknya, terbukti perjuangan Imam Hassan Al-Bana telah menyempurnakan dakwahnya sehingga para musuh nampak kekuatannya.

lebih menyedihkan, mayat imam Hassan tidak dibenarkan untuk diziarahi oleh penduduk. kawalan ketat polis menghalang pelaksanaan yang sepatutnya. yang hanya menguruskan jenazah beliau ialah ayahanda beliau, Ahmad al-Bana. berseorang dirilah ayahanda beliau memandikan dan memandikannya. tinggal lagi satu kesulitan iaitu untuk mengususng jenazah ke tanah perkuburan. ayahanda beliau pun berkata kepada polis yang sedang berkawal

"tidak ada seorangpun laki-laki di rumah ni." lantas mereka menjawab,
" tidakkah dia dibawa oleh kaum wanita?"

sekali lagi pucuk pimpinan melalui polis telah melakukan kezaliman ke atas jenazah di mana isteri dan puteri-puteri beliau yang mengusung jenazahnya. itulah satu-satunya sejarah yang tercipta di mana kaum wanita menghulur bahu mengusung jenazah..

malah, sepanjang mayatnya di usung, penduduk tidak dibenarkan untuk menghantar apatah lagi mendekati keranda beliau. betapa gerunnya pihak pemerintah pada kebangkitan penykong IM. setelah itu, penduduk juga tidak dibenarkan berkabung atas pembunuhan syeikh Imam Hassan Al-Bana. bermacam-macam larangan yang ditimbulkan. kawlaan juga semakin diketatkan.

lebih menampakkan semuanya adalah idea mereka yang berpengaruh adalah apabila TIADA LANGSUNG SIASATAN dilakukan atas pembunuhan beliau. sesungguhnya kekejaman itu berpunca dari tamaknya pada kekuasaan dtambah lagi dengan hasutan dari pihak Inggeris.

terkuburlah As-Syahid Imam Hassan Al-Bana dalam suasana yang penuh sunyi.tiada tangisan tiada ratapan...kerana kezaliman pada waktu itu...

pembaca sekalian, yang ditakuti musuh pada waktu itu ialah kebangkitan seperti yang berlalku di Mesir beberpan bulan yang lalu. di mana perjuangan Imam Hassan Al-Bana terus mengalir dalam darah Ikhwanul Muslimin yang mampu menumbnagkan pemerintaha autokratik Husni Mubarak. itulah roh yang ditiupkan allahyarham ke dalam pejuang-pejuang Islam. walaupun kematiannya terlalu hina, namun yakinlah bahwa wanginya syurga sedang menanti kedatangan As-Syahid Hasan di syurga.

moral of the story, tidak semua dai boleh menjadi syahid, tetapi semua yang syahid itulah dai. apakah pula impian kita? bersediakah kita untuk mati begini? bersediakah kita untuk dipulaukan? segalanaya demi agama Allah. 

dalam buku ini, penulisannya lebih tragis dan menynetuh hati pembaca. buktinya, ana sendiri mengalirkan airmata apabila membaca bagaimana layanan yang diterima oleh jenazah beliau. cuma, cara ana menulis ini tidaklah sedramatik penulis yang berkaliber dan bergulung-gulung ijazah.hehehe...sarana saya, bacalh buku ini, anda akan mendapat inspirasi untuk berdakwah. wallahualam bi sawab..wa astaghfiruka wa atubuilaih...

Tuesday, November 8, 2011

coret petang

manusia tidak layak menghukum..lantas melihat kesilapan manusia lain yang pada pemikirannya salah..
manusia tidak layak menghakimi orang lain berdasarkan latar belakang hidupnya, kerana manusia lain mempunyai latar belakang yang tersendiri...
dan manusia tidak berhak mengadili orang lain hanya kerana orang lain berdiam diri dengan kehidupan..

itu bukanlah suatu kesempatan untuk menguasai dunia pada waktu itu..ketahuilah dalam diam itu, manusia sedang membina sesuatu yang engkau tidak pernah jangkakan...

kadang-kadang ada manusia yang enggan bersuara untuk melihat sejauh mana orang dihadapannya mampu bertindak...mengalah tak bermakna kalah...turut tak bermakna ikut...

dan mengapa manusia suka kepada kesusahan apabila Allah menghidangkan pilihan kesenangan dihadapannya..pelikkan? adakah kerana manusia itu suka pada cabaran? atau saja nak tunjuk keberanian?wallahualam...itulah manusia...bermacam ragam..

hakikatnya...kita tak dapat lari dari kenyataan...pahit ataupun manis..pasti beria datang silih berganti membuat lawatan pada kehidupan kita...tak kesahla dijemput atau tak dijemput..

hidup tak selalunya cerah...redup seketika membawa angin sejuk menyapa diri..membawa jiwa bermuhasabah sebentar..banyaknya kesilapan pada diri...pincangnya iman...termanifestasi dari akhlak yang merudum..aduh...buruknya waktu itu...

begitulah...cereka pada petang ini..sekadar perkongsian...mungkin sedikit pengajaran...tapi kepuasan dalam penulisan terasa juga..wallahualam waastaghfiruka waatubuilaih...