
Iman..
Benarlah seperti rodanya kereta..
Ada di atas dan ada kalanya di
bawah…
Tidak seperti malaikat…
Setiap ceruk kehidupan mereka
hanya dengan memuji Tuhanya..
Aku..
Hamba Allah yang baru bertatih di
jalan tarbiyah..
Masih mentah dan merangkak..
Cuba Mengenal apa itu fikrah
islamiah..
Yang kadangkala langkah kaki jatuh
dan rebah..
Ditusuk duri lama jahiliyah..
Kehidupan..
Ada waktunya memberi senyuman..
Tapi juga tak lepas dari tangisan…
Warna warni jalan dakwah itulah
hiasan
Pada insan yang telah memilih
menuju Tuhan
Di saat jatuhnya tahap iman…
Segala kewajipan terasa
menyesakkan…
Masa seakan kesempitan..
Banyaknya lagha menjadi hidangan
Makanan mata dan halwa telinga
Siang dan malam ketawa girang..
Dan kini..
Aku mahu kembali
Kembali memuji Tuhan
Atas nikmat dan kasih sayang
Mengangkat tangan meminta kasihan
Pada Allah pencipta alam..
Takburla manusia andai sengaja
melupakan..
Menyombongkan diri dari sujud
menyembah-Nya..
Ayuh kita segera bangun..
Dari tidur yang terlalu lena
Dari zon yang terlalu selesa..