Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Tuesday, February 28, 2012

Cinta Allah vs Manusia


berpijak di bumi Tuhan, kerdilnya rasa ketika melangkah. gerun pada iman di hati yang rebah dijulang tasbih sang kelopak bunga. dalam menikmati indahnya keduniaan, iman bergolak bersama nafsu. saling menumbang antara satu sama lain bersenjatakan syaitan dan bisikan hidayah. timbul persoalan, masih tegarkah iman untuk terus bertarung? masih bertenagakah zahir untuk mengeluarkan peluh dakwah?


keputusan itu bukan satu kesilapan. malah ia terjadi kerana itulah ketentuan Tuhan. mahu ataupun tidak, manusia harus menerimanya. kecintaan kepada dunia sememangnya terlalu membelai jiwa. membawa sukwa terbang ke angkasa. bagaikan dunia, kita yang punya. ketika cinta dalam genggaman tangan, senyum sentiasa menghias muka. tangis jarang sekali bertandang. hati berbunga mekar setaman.

bila cinta hilang dari dalam hati, hidup mula berteka teki. ke mana arah hidup ini? di mana dia yang selalu ada di sisi?

wahai manusia?? perasaan apakah ini? untuk siapa harusnya perasaan ini? dari mana datangnya perasaan ini?? ke mana betulnya arah tuju rasa ini?

pernahkah kita merasa sakitnya begini ketika jauh dari Allah?pernahkah kita merasa beratnya rindu ini ketika zikir semakin kering dari bibir? pernahkah air mata cinta kita menitis bila mengingati azab yang dijanjikan? pernahkah gundah gulana bertamu dalam tabi rhati ketika kewujudan Allah tenggelam dalam tasik ingatan?

wahai hati yang sering dibolak balikkan....
tidak kira cinta yg dulu itu cinta kpada kekasih, cinta kepada sahabat, cinta kepada harta, cinta kepada keluarga atau cinta pada nama. cinta ada Allah mana?

ketahuilah wahai mansia...
apabila kita kehilangan cinta selain cinta-Nya, itulah jalan yang Allah buka untuk kita meraih semula cinta Nya. cinta yang dulunya kita biarkan. cinta yang dulunya kita singkirkan. cinta yang dulunya kita sisihkan. sedangkan cinta itu yang perlu kita kejar kerana cinta itu yang perlu kita gapai kerana cinta itu yang perlu kita cintai.

tidak perlu menangis bila cinta dikhianati.tidak perlu menangis bila cinta tidak lagi setia. kerana cinta kita hanya milik Allah semata-mata.

wahai para hamba yang kehilangan cinta manusia...
hidup ini masih belum ada titik noktahnya. bangunlah dari gagalnya cinta manusia menuju kejayaan cinta Allah.

No comments:

Post a Comment