Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Friday, November 11, 2011

Bajet 2012: Syariah diketepikan?

Dalam sejarah awal Islam, isu belanjawan negara bukan isu yang penting. Bahkan agak sukar untuk mencari kisah dalam sejarah Nabi sallallahu alaihi wasallam yang mana umat Islam menunggu dengan penuh antisipasi ucapan Rasul sallallahu alaihi wasallam berkenaan perancangan kewangan negara Islam pertama Madinah. Salah satu faktor utama kenapa keadaan tersebut tidak pernah berlaku ialah kerana kerajaan Islam dahulu berbentuk 'small government'.
Dalam bentuk tersebut, kerajaan tidak campur tangan secara aktif dalam aspek kewangan awam (public finance) berbanding sekarang. Sebagai contoh, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dibekalkan oleh kerajaan tetapi oleh institusi waqaf atau oleh individu persendirian. Oleh sebab itu kerajaan pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan dengan itu juga tidak perlu mengutip cukai daripada rakyat. Negara Islam hanya mewajibkan rakyat membayar zakat kepada golongan yang layak menerima zakat.
Tambahan pula, disebabkan rakyat sangat gemarkan pahala, rakyat sering mengifaqkan harta mereka kepada kerajaan dan semasa pemerintahan Khalifah Umar, harta negara di Baitulmal melebihi perbelanjaan.
Tetapi sekarang di Malaysia keadaan adalah sangat berbeza. Bukan sahaja acara pembentangan bajet adalah acara yang penting, harta kerajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Kedua-dua aspek ini akan saya huraikan dengan lebih terperinci.
Pembentangan bajet adalah antara acara-acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Ia disebabkan semua pihak menyedari kemungkinan kehidupan mereka akan terkesan dengan hebat akibat daripada keputusan-keputusan yang terkandung dalam belanjawan yang bakal dibentangkan. Kerajaan sekarang sudah menjadi 'Big Government'. Kalau dahulu perbelanjaan kerajaan Islam tersangat kecil dan tidak memberi kesan kepada rakyat jelata, sekarang ia berjumlah berbilion ringgit dan memang telah memberi impak kepada banyak pihak.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berjumlah RM232.8 bilion. Disebabkan KNK negara pada tahun 2011 dianggarkan berjumlah RM827.7 billion pada tahun 2011, maka perbelanjaan kerajaan dianggarkan 28.1% peratus dari KNK negara pada tahun ini, satu jumlah yang sangat besar.
Hampir kesemua golongan rakyat Malaysia tersenyum mendengar ucapan beliau. Hal ini tidak menghairankan kerana pelbagai bantuan diberikan kepada berbagai-bagai kumpulan, dari peruntukan membaik pulih rumah nelayan berjumlah RM300 juta kepada peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk membekalkan perkhidmatan jalan raya dan air bersih kepada penduduk luar bandar, daripada peruntukan pembinaan hospital kanak-kanak dan wanita berjumlah RM700 juta kepada pengecualian caj hospital kerajaan kepada warga emas berumur 60 ke atas.
Tetapi sepatutnya bagi seseorang yang menghayati Islam sepenuhnya, semua penilaian berkenaan apa-apa sekalipun mestilah berdasarkan kaca mata Islam atau Syariah. Oleh itu persoalan yang mesti didalami oleh kita semua ialah adakah Bajet 2012 baik atau buruk dari pandangan Syariah?
Malangnya jawapannya ialah tidak dan ia tidak susah untuk diterangkan. Bajet ini ialah bajet yang memerlukan kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperoleh pada kadar 4.7 peratus dari KNK. Ia bermakna kerajaan akan terpaksa berhutang sebanyak RM45.9 billion. Sementara itu hutang kerjaan terkumpul setakat ini adalah RM437 billion dan menurut Laporan Bank Negara yang terkini, jumlah hutang negara diramalkan meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM455.75 billion pada akhir tahun 2011.
Dalam erti kata yang lain, Bajet 2012 ini akan membuat keadaan kewangan kerajaan lebih tenat kerana beban hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Peratus hutang awam terkumpul berbanding KNK (atau public debt as % of GDP) Malaysia sekarang tidak berganjak pada 52.2% walaupun jumlah KNK diramalkan meningkat pada kadar 4.4%. Ini bermakna pertambahan ekonomi negara tidak membantu dalam usaha mengurangkan beban hutang kerajaan.
Jelaslah bahawa jika kerajaan tidak melakukan sesuatu terhadap masalah ini dengan segera, Malaysia tidak mustahil akan berhadapan dengan masalah ekonomi yang rumit dalam masa terdekat, seperti yang sedang dialami oleh negara-negara di Eropah seperti Greece, Sepanyol, Ireland dan Itali.
Di samping itu, apa yang sangat-sangat menyedihkan kita ialah hampir kesemua hutang kerajaan melibatkan amalan riba dan oleh itu ia adalah HARAM dari kaca mata Islam. Adakah pemimpin dan rakyat negara kita langsung tidak peka dengan implikasi apabila beramal dengan amalan yang dibenci oleh Allah? Adakah kita semua sudah lupa dengan firman Allah di dalam surah al-A’raf, ayat 96 yang bermaksud:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri it, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Oleh yang demikian, amatlah penting bagi kita semua menyeru kerajaan supaya mengambil langkah segera dari sekarang untuk memastikan bahawa segala perbelanjaan yang dirancang adalah dari sumber yang tidak memerlukan kerajaan berhutang.
Kita juga perlu menyeru kepada parti pembangkang supaya bertindak dengan cara yang bertanggungjawab, supaya tekanan dan kritikan yang diberikan bukan bermatlamatkan kepentingan politik kepartian jangka pendek sahaja, tetapi hendaklah memfokuskan kepada isu `Maqasid Syariah’ serta `Kepatuhan Syariah’. Dengan cara ini tekanan dan kritikan yang diberikan tidak akan memaksa kerajaan untuk menambahkan hutangnya untuk mendapat keuntungan politik dan sokongan rakyat tetapi sebaliknya akan membawa kerajaan balik kepada landasan Syariah.
Akhir sekali, kita semua mesti giat berdoa kepada Allah semoga diberi hidayah oleh-Nya terhadap semua pemimpin kita. Mudah-mudahan Allah akan memelihara masyarakat dan negara kita yang tercinta ini supaya kita semua dapat hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera.

Thursday, November 10, 2011

MATIMU HINA PADA MANUSIA, WANGI MENUNGGU DI SYURGA~HASSAN AL BANA

loading.....buffering....haaa..tengah tunggu mode mengarang...baru lepas exam first paper...alhamdulillah..dapat jawab semua tapi tak pasti diterima ke tidak...bismilahi tawakal tu'alallah...


agak-agak hari ni nak menulis tentang sape ek?setelah dilanda ribut kekacauan jiwa beberapa hari yang lalu, antara langkah yang ana ambil selain mendekatkan diri dengan Allah ialah membaca buku. disamping itu, boleh juga memenuhkan muwasofat tarbiyah ana. hehehe...almaklum, ana ni orang ya sukar membaca tapi suka menulis...alhamdulillah..begitulah manusia diciptakan..bervariasi enggak?? ada kelebihan ada kekurangan..


sepanjang tempoh tersebut, buku yang menjadi pilihan hati kecilku ini ialah DAKWAH & TARBIAH menurut pandangan Haassan Al-Bana. sape Hasan Al-Bana ni?eh....ade yang tak kenal ke...mustahil...baik,..beliau adalah pemimpin pertama Ikhwanul Muslimin(IM) di Mesir.merupakan pelopor kebangkitan menetang Yahudi di Palestin. akhlaknya menyerupai Rasulullah lantaran hidupnya yang berpandukan Al-Quran & As-Sunnah. jika anda membaca buku ini, anda akan jatuh cinta kepadanya seperti anda jatuh cinta kepada Rasulullah. tapi of course la Rasulullah lebih lagi kan..selawat dan salam ke atas baginda..


yang hendak ana ceritakan di sini ialah tentang kisah sebenar bagaimana syahidnya Hasan dan bagaiamana kejamnya jenazah allahyarham di uruskan. nak tahu...jeng je jeng..teruskan bacaan anda...


pada tanggal 12 Februari 1949, ketika keluar dari pejabat agung IM di jalan Malikah Nazili di Kaherah bersama abang iparnya, imam Hassan telah ditembak sewaktu berada di dalam kereta.

  1. tembakan pertama menembusi dada kana syeikh imam Hasan
  2. tembakan kedua sebanyak LIMA DAS TEMBAKAN di belakanganya apabila beliau cuba menoleh
  3. tembakan ketiga di peha kirinya apabila beliah hendak berdiri kerana terkejut
kejam bukan? paling kurang, allahyarham menerima 7 peluru kejam dari musuhnya. setelah sedar dari kebingungan, pemandu pun memecut membawa syeikh Hasan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. sebab dah kritikal dah ni...sampai di hosptal, doktor mendapati keadaan belaiu memang teruk...peluru yang menembusi dadanya telah memecahkan sebatang tulang rusuk beliau sekaligus merosakkan bahagian dalam tubuhnya. dipercayai, di hospital, kecederaan syeikh imam tidak dipeduli oleh pihak hospital atas arahan musuh utama beliau iaitu pemerintah Mesir pada ketika itu iaitu Faruq sehinggakan setelah kematian syeikh Hassan Faruq mengeluarkan kata-kata di bawah:

" sekarang baharulah kukuh singgahsanaku"

astaghfirullah...betapa jengkelnya pemikiran yang dibawa oleh Zionis pada waktu itu. disebaliknya, terbukti perjuangan Imam Hassan Al-Bana telah menyempurnakan dakwahnya sehingga para musuh nampak kekuatannya.

lebih menyedihkan, mayat imam Hassan tidak dibenarkan untuk diziarahi oleh penduduk. kawalan ketat polis menghalang pelaksanaan yang sepatutnya. yang hanya menguruskan jenazah beliau ialah ayahanda beliau, Ahmad al-Bana. berseorang dirilah ayahanda beliau memandikan dan memandikannya. tinggal lagi satu kesulitan iaitu untuk mengususng jenazah ke tanah perkuburan. ayahanda beliau pun berkata kepada polis yang sedang berkawal

"tidak ada seorangpun laki-laki di rumah ni." lantas mereka menjawab,
" tidakkah dia dibawa oleh kaum wanita?"

sekali lagi pucuk pimpinan melalui polis telah melakukan kezaliman ke atas jenazah di mana isteri dan puteri-puteri beliau yang mengusung jenazahnya. itulah satu-satunya sejarah yang tercipta di mana kaum wanita menghulur bahu mengusung jenazah..

malah, sepanjang mayatnya di usung, penduduk tidak dibenarkan untuk menghantar apatah lagi mendekati keranda beliau. betapa gerunnya pihak pemerintah pada kebangkitan penykong IM. setelah itu, penduduk juga tidak dibenarkan berkabung atas pembunuhan syeikh Imam Hassan Al-Bana. bermacam-macam larangan yang ditimbulkan. kawlaan juga semakin diketatkan.

lebih menampakkan semuanya adalah idea mereka yang berpengaruh adalah apabila TIADA LANGSUNG SIASATAN dilakukan atas pembunuhan beliau. sesungguhnya kekejaman itu berpunca dari tamaknya pada kekuasaan dtambah lagi dengan hasutan dari pihak Inggeris.

terkuburlah As-Syahid Imam Hassan Al-Bana dalam suasana yang penuh sunyi.tiada tangisan tiada ratapan...kerana kezaliman pada waktu itu...

pembaca sekalian, yang ditakuti musuh pada waktu itu ialah kebangkitan seperti yang berlalku di Mesir beberpan bulan yang lalu. di mana perjuangan Imam Hassan Al-Bana terus mengalir dalam darah Ikhwanul Muslimin yang mampu menumbnagkan pemerintaha autokratik Husni Mubarak. itulah roh yang ditiupkan allahyarham ke dalam pejuang-pejuang Islam. walaupun kematiannya terlalu hina, namun yakinlah bahwa wanginya syurga sedang menanti kedatangan As-Syahid Hasan di syurga.

moral of the story, tidak semua dai boleh menjadi syahid, tetapi semua yang syahid itulah dai. apakah pula impian kita? bersediakah kita untuk mati begini? bersediakah kita untuk dipulaukan? segalanaya demi agama Allah. 

dalam buku ini, penulisannya lebih tragis dan menynetuh hati pembaca. buktinya, ana sendiri mengalirkan airmata apabila membaca bagaimana layanan yang diterima oleh jenazah beliau. cuma, cara ana menulis ini tidaklah sedramatik penulis yang berkaliber dan bergulung-gulung ijazah.hehehe...sarana saya, bacalh buku ini, anda akan mendapat inspirasi untuk berdakwah. wallahualam bi sawab..wa astaghfiruka wa atubuilaih...

Tuesday, November 8, 2011

coret petang

manusia tidak layak menghukum..lantas melihat kesilapan manusia lain yang pada pemikirannya salah..
manusia tidak layak menghakimi orang lain berdasarkan latar belakang hidupnya, kerana manusia lain mempunyai latar belakang yang tersendiri...
dan manusia tidak berhak mengadili orang lain hanya kerana orang lain berdiam diri dengan kehidupan..

itu bukanlah suatu kesempatan untuk menguasai dunia pada waktu itu..ketahuilah dalam diam itu, manusia sedang membina sesuatu yang engkau tidak pernah jangkakan...

kadang-kadang ada manusia yang enggan bersuara untuk melihat sejauh mana orang dihadapannya mampu bertindak...mengalah tak bermakna kalah...turut tak bermakna ikut...

dan mengapa manusia suka kepada kesusahan apabila Allah menghidangkan pilihan kesenangan dihadapannya..pelikkan? adakah kerana manusia itu suka pada cabaran? atau saja nak tunjuk keberanian?wallahualam...itulah manusia...bermacam ragam..

hakikatnya...kita tak dapat lari dari kenyataan...pahit ataupun manis..pasti beria datang silih berganti membuat lawatan pada kehidupan kita...tak kesahla dijemput atau tak dijemput..

hidup tak selalunya cerah...redup seketika membawa angin sejuk menyapa diri..membawa jiwa bermuhasabah sebentar..banyaknya kesilapan pada diri...pincangnya iman...termanifestasi dari akhlak yang merudum..aduh...buruknya waktu itu...

begitulah...cereka pada petang ini..sekadar perkongsian...mungkin sedikit pengajaran...tapi kepuasan dalam penulisan terasa juga..wallahualam waastaghfiruka waatubuilaih...

Wednesday, October 5, 2011

DIARI DAKWAH

sebelum terpanggil untuk menyumbang tenaga dalam kerja-kerja dakwah...ana juga seperti manusia biasa yang lain..ibadah sekadar cukup 5 waktu..awalaher x kesah pun....aurat pun ala-ala gitu...yang penting hidup enjoy..
itu dulu.....

sekarang....ana masih dalam proses pentarbiyahan diri...proses yang tak mungkin akan menemui ttik noktahnya...hanya bila nyawa terpisah dari jasad, itulah pengakhiran tarbiyah ini..
nak kata ana dah cukup sempurna, memang takla..namun, memetik kata-kata Wardina Safiyyah dalam forumnya yang ana attend baru-baru ni "saya merasa transformasi itu"...maybe kami bleh share the same feeling right now...yes...ana merasa transformasi tersebut...menyebabkan ana terus melekat dalam dunia tarbiyah ini...dulu masa mula-mula, ana lbih fokus dengan pentarbiyahan diri sendiri..memantapkan kecintaan kepada Allah Ta'ala..mencari makna cinta suci yang selalu dikejar-kejar orang2 alim...sepanjang proses tersebut, ana terus diberi input,input dan input...kadang, sebagai manusia biasa, timbul juga rasa jemu..ehhh....cepat2 bangun dan beristighfar..itu semua bisikan syaitan...syaitan yang sekadar memenuhi janjinya pada Allah Ta'ala untuk menyesatkan manusia...

lama-kelamaan...ana ditarik untuk mentarbiyah orang pula...orang islam panggil DAKWAH..sapa yang menarik?sudah tentu Allah melalui naqibah ana yang tercinta...alhamdulillah..kesedaran ana untuk berdakwah pada waktu itu memang sedang berada dikemuncaknya..

bercerita tentang dakwah..wah...tak semudah yang dibayangkan...bukan seperti menekan button on/off tv..bukan juga seeprti menyuap mkanan ke dalam mulut..subhanallah...jalannya lebih dihiasi kepahitan berbanding kemanisan..namun duri-duri kepahitan itu bukan tertusuk pada diri ana seorang..tapi pada jemaah yang bersama-sama ana..ana tidak pernah ditinggal seorang diri mencabut duri2 itu...itulah nikmatnya UKHWAH...dakwah dan tarbiyah tidak boleh dipisahkan dari nilai ukhwah..kerana ukhwh itulah antara catalyst dan penguat kerja-kerja dakwah..alhamdulillah..ana dikurniakan sahabt-sahabat yang sentiasa menemani di sisi...TERIMA KASIH SAHABAT2..

hari brganti hari...masa kian berlalu..dalam dakwah dan tarbiyah ana mendidik diri untuk mengatur masa..berkorban tenaga dan harta...just for Allah...pada jalan FI SABILILLAH..kerana bagi ana..biarlah hidup ana tujuannya hanya untuk Allah

ALLAH GHAYATUNA
AR-RASUL QUDWATUNA
AL-QURAN DUSTURUNA
AL JIHAD SABILUNA
AL-MAUTU FI SABILILLAH
ASMA AMANINA

ni lagu semangat ana neh..heheh..korang pun bleh gak hayati lagu ni...membakar semngat insyaAllah...

dalam dakwah ini..para dai sememangnya didedahkan dengan persdiaan sebagai seorang dai...semuanya adalah untuk memastikan para dai tidak mengalami culture shock bila berhadapan dengan public yang terdiri dari pelbagai latar belakang..asasnya..doa kepada Allah yang tidak putus2 memohon diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan..

dari pengalaman ana..dakwah betul2 menguji kesabaran manusia..kadang-kadang dugaan datang dari sahabt2 yang sama2 ditarbiyah...apa lagi dari manusia biasa yang belum berfikrah...sukar untuk memahamkan mereka tentang kita...akhirnya, kita yang terpaksa masuk ke dalam arus pemikiran mereka..berlapang dada..tula penawar kepada bersangka buruk dan benci...dalam dakwah..tiada istilah membenci manusia..itu pegangan ana...

kadang..ana terkilan dengan sesetengah akhwat...bukan apa..pernah sekali ana di datangi oleh seorang hamba Allah yang insyaAllah mula nampak di mana indahnya islam itu berdiri...hamba tersebut mengadu..mengapa si polan perangainya tidak sama dengan penmapilannya...bagai langit dan bumi..sedangkan si polan adalah akhwat kita..ana pun mula2 terkedu..diam seribu bahasa..tak tahu nak jawab macam mana...ana pun jawab..pakaian tidak semestinya melambangkan tahap kefahaman sesorang itu tentang hukum ALlah..namun, orang yang faham hukum dan tuntutan Allah, pasti pakaiannya begitu dan begini...


namun..dugaan inilah sebenarnya mengajar ana untuk mencintai Allah setulusnya...mengasihi Rasulullah seikhlasnya...menjunjung sunnah baginda setiap masa..kerana ana yakin.....JANJI ALLAH ITU PASTI..syurga hanya buat mereka yang menempuh dugaan demi untuk menegakkan al-haq..

sesungguhnya NERAKA itu dipenuhi dengan KEMANISAN & KEINDAHAN...dan SYURGA itu dipagari dengan KEPAHITAN...itulah MAHAR cinta Allah...semakin hebat dugaan melanda..semakin luas pintu syurga terbuka..ana impikan takhta itu...ana impikan...justeru..ana tidak mungkin akan berpatah balik dari jalan ini..walau apa pun rintangan yang datang..ana yakin Allah sentiasa bersama ana..doa2 sahabat sentiasa mengiringi perjuangan ini...dan ana menyeru sluruh umat islam untuk sama2 jadikan dakwah ini karier hidup anda...kerana tempat kembalinya kita tidak lain dan tidak bukan hanya kepada Allah Aza wa jalla..

moga ana tidak berjuang seorang diri..ana perlukan anda/antum untuk menemani ana..biar kita sama2 mengecapi cinta Illahi...

cerita ini bukanlah rekaan dan bukan untuk riak atau sebagainya...diari ini ana kongsikan hanya untuk tujuan mengajak antum untuk mengejar matlamat sebenar manusia..iaitu mengabdikan diri pada agama ALlah.wallahualam...wa astaghfirua wa atu bu ilaik..


Tuesday, September 27, 2011

MaNusIA oH ManusIA


manusia...
ada kalanya terlalu selesa dengan kehidupannya..
tidak terfikir derita insan lain...
tidak terfikir duka insan lain..
hanyut dalam mainan fantasi sendiri...
yang dicipta syaitan saban hari..
untuk kaburkan kehakiman hati...
dalam mengadili situasi hidup ini...

manusia....
hidup tidak mudah yang engkau sangkakan...
tidak percuma seperti yang engkau selalu impikan...
segala sesuatu yang menjadi milikmu kini...
bukanlah selamanya hak abadi..
bukan jua diguna sesuka hati,..
mata , tangan dan kaki...
akan disoal di akhirat nanti..
kebajikan apa yang engkau lakukan...
di dunia ini...

manusia...
setiap dari kita punya potensi...
bukan hanya untuk mengukir karat di hati..
tapi juga untuk berdiri menegakkan agama Illahi..

dibahu kita tersemat rapi...
amanat tanggungjawab menjunjung terhadap bumi ini..
bukan sekadar menjaga flora yang indah...
tidak hanya mengasihi fauna yang kerdil..
bahkan dibahu kita...
jatuhnya tanggungjawab menegakkan agama..

manusia...
agama bukan hanya untuk ulama...
dakwah bukan hanya untuk ustaz
masjid bukan hanya untuk ustazah...
tapi semua itu kewajipan kita...
makhluk paling istimewa Allah ciptakan..
makhluk paling cerdik Allah jadikan...
makhluk paling sempurna Allah turunkan..

namun mengapa...
makhluk inilah yang paling menetang perintah Allah..
makhluk inilah yang paling tidak mengenang budi...
makhluk inilah yang paling suka merosakkan alam ini...
mengapa manusia...mengapa..mengapa..

penantian abadi semakin hampir ke penghujungnya...
sampai bila manusia harus terperangkap dengan kesenangan dunia..
sampai bila harus duduk berdiam diri...
membiar agama dipijak kaki...
membiar agama longlai rebah ke tanah ini..

Wednesday, July 20, 2011

Ke Mana Sabarmu

SABAR...
sejauh mana insan mengenal erti SABAR? sekadar memahami dari segi bahasa atau istilah? atau tidak kedua-duanya? sabar itu kah yang dikatakan bila menahan diri dari tidur terlalu lama? sabar itukah yang dimaksudkan apabila tidak menangis bila dimarahi? bagi setiap individu, definisi SABAR itu membawa makna yang berlainan. baik dari segi tahap, perbuatan, pengertian mahupun amalan.

mengecapi kesabaran, sesuatu yang bukan mudah berada dalam genggaman. iman perlu kukuh didalam dada. amalan perlu mantap luar dan dalam. tambahan pula, dengan macam-macam virus yang menjangkiti masyarakat dunia terutama umat ISLAM yang kian rapuh pegangan agamanya. imuniti SABAR dilihat semakin menipis dalam jiwa umat islam terutama REMAJA BELIA yang menjadi tonggak bangsa dan negara di masa akan datang.

manifestasi iman sudah semestinya memilih jalan sabar sebagai medium paling terang untuk mengukur keimanan sesorang. namun, sejauh mana kesahihan fakta ini. rekaan manusia atau Pencipta?

saban hari, manusia tidak terlepas dari di uji dengan mehnah yang bermacam bentuk wujudnya. segalanya hanya dengan satu tujuan iaitu menguji sejauh mana keimanan seseorang. firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Baqarah yang mafhumnya berbunyi


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [29:2]


ternyata, syarat iman manusia itu di uji oleh Allah dan dinilai melalui kesabaran mereka menghadapinya.
jika iman seseorang itu mencapai tahap tertinggi, maka dia akan redha dengan setiap qada' dan qadar Allah, sebaliknya, jika imannya senipis kulit bawang, mudahla dia melatah dengan dugaan sebesar zarah.na'uzubillahi min zalik...moga kita tidak trgolong dalam golongan yang kedua ini.

sesungguhnya, sabar itu begitu penting dalam mengatur hidup seorang hamba kamil. pengalaman penulis sendiri begitu merasai kepentingan SABAR. terutamanya dalam minggu ini di mana diri penulis betul2 di uji ALlah untuk bersabar dengan karenah bermacam ragam manusia, dengan pelbagai bentuk tugas, komitmen dan tanggungjawab. seolah-olah 24 jam itu tidak pernah cukup. hampir setiap 5 minit hp ana akan berbunyi sama ada pesanan ringkas atau panggilan yang masuk. sehingga kan terpksa menukar mode kepada SILENT kerana mahu mencari ruang dan waktu untuk istirehat sebentar sedang ana bukanlah individu yang gemar men"silent"kan hp. namun apakan daya, begitulah kehidupan manusia biasa yang tidak akan selamanya sama.

mengupas lagi tentang isu SABAR ini. penulis ingin berkongsi satu kisah. mungkin rekaan. mungkin juga kenyataan. terpulang dengan pembaca untuk mentafsirkan.heheeeee

suatu malam yang penuh kesibukan, si A baru balik dari outing. nak pergi meeting. lepas solat isya, sahabt si A, iaitu si B, mengadu sesuatu. walau penat, si A tetap jadi pendengar. namun....kestabilan emosi si A kurang baik pada waktu itu lantaran beban kerja yang masih menggunung tergalas dibahunya. bila si B habis mengadu, si A terlepas cakap dengan si B. sudah terlepas, barulah si A perasaan bahawa dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti tu kepada si B. si A tahu, pasti hati sahabatnya itu terguris sampai melimpah-limpah darah kecewanya...apakan daya, nasi telah menjadi bubur. si A blurr...nak buat apa sekarang. belum pun smpat si A nak minta maaf di depan si B, si B dah bawa diri meredah malam yang sepi seorang diri. mebawa sekeping hati yang terluka dek keterlanjuran bahasa si A. si A cuba menyedapkan hati sendiri dgn tidak trlalu memikirkan.
akan tetapi, ikatan ukhwah tidak begitu mudah untuk melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang ringan. dalam hati si A, hanya Allah yang tahu gelojak kerisauannya. panggilan yang dilakukan tidak di layan si B.mungkin(MUNGKIN) mencecah berpuluh panggilan pada 1 malam itu.
begitulah apabila KESABARAN tidak lagi menjadi raja dalam hati. si A begitu meyesal dengan kesalahannya. apa boleh buat, dia hanya mampu menunggu..menunggu..dan terus menunggu...dia tahu apa rasa hati seberang sana...sehinggakan pada malam itu, si A mengambil inisiatif untuk melawat shabatnya si B walapupun A tahu, B pasti tidak mahu untuk memandang wajahnya...SABAR...itu sahaja menjadi pengubat gundah gulana hati si A.

dan sehingga kini..si A masih tersisa rasa bersalahnya terhadap si B walau B telah memaafkannya.

pembaca sekalian.dalam kisah ini dapat kita lihat bila mana sabar telah terbang jauh dari dalam diri seorang insan. sbar yang ditelan dengan beban tugas yang dipikul.

dan sabar itu mula kembali bila A menanti kata maaf dari B.

moga kisah ini serba sedikit menjadi pengajaran kepada pembaca sekalian. yang baik datangnya dari Allah. dan yang kurang itu datangnya dari ana sendiri..

Monday, July 4, 2011

ISLAM PADA NAMA ATAU MAKNANYA?

“Kemudiannya, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”(At-Takatsur 102 : 8)

cukupkah sekadar ISLAM pada nama?cukupkah menghafal rukun iman semata? wahai muslim!!! bahumu tergalas tanggungjawab yang begitu besar..selayaknya yang diterima oleh manusia beriman..sebagai balasan atas nikmat yang telah Allah berikan...

TANGGUNGJAWAB yang diletakkan ke bahu kamu selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kamu menJELASkan kepada seluruh manusia tentang KEBENARAN yang nyata ini dan kamu BIMBING mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah KEBAHAGIAAN di dunia dan akhirat. [Al-Maududi]

tanggungjawab ini dahulunya digalas oleh kekasih Allah, Rasulullah saw kini jatuh ke bahu umatnya yakni kita, manusia zaman ini..pemesongan akidah manusia masa ini dilihat begitu mengerikan. hanya dengan hiburan, mudahnya akidah dan pegangan seseorang muslim itu berkecai. 

mari kita berfikir!!!
berapa ramai hari ini melihat orang islam tidak bersembahyang?? dan berapa ramai yang hanya melihat atau membetulkan keadaan tersebut?? adakah kita termasuk golongan ini?? na'uzubillahi inzalik...

sahabiah sekalian...
sudah sampai masanya untuk kita bangkit dari KEGELAPAN. keluar dari gua penjara yang dicipta kuasa BARAT. akal yang dikurniakan Allah bukan untuk dipersia semata. bukan hanya untuk menimba ilmu dunia semata. malah yang paling PENTING ialah menuntut ilmu AKHIRAT seterusnya MENYEBARKAN risalah itu kepada manusia sejagat. 

BELUM TIBA MASA???
tidak!!! masanya telah lama tiba..hanya manusia yang tidak mahu menerima kenyataan dan t/jwab yang terang lagi bersuluh ini.

TIDAK MAMPU??
tahap apakah yang anda kira MAMPU? sesungguhnya, setiap manusia yang dicipta Allah mampu menggalasnya. jika tidak, tidaklah kita diciptakan menjadi ummatan wasotta seperti firman Allah Ta'ala

“Sepertimana Kami jadikan kamu satu ummat wasato (pertengahan) supaya kamu saksi kepada umat manusia dan Rasulullah pula menjadi saksi ke atas kamu…”
(Al-Baqarah 2 : 143 )

kita sebenarnya mampu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.[Al-Baqarah: 286]

lalu, apalagi alasan kita untuk menutup muka, mengunci bicara untuk menyebarkan kebenaran???

bersambung....

FENOMENA UMAT ZAMAN MODEN

~Malu rasanya kepada Allah~
 
Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?
 
Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?
......
Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?

Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....
Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?
Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…

Friday, July 1, 2011

CUKUPKAH SEKADAR SOLEH?

bila disebut tentang soleh, ramai yang berpendapat itulah individu sempurna mengikut agama. namun, dukacitanya bahawa menjadi individu soleh sahaja tidak cukup. kenapa?

1. kerana soleh sahaja hanya untuk diri. kebaikan hanya untuk diri sendiri sahaja. sedangkan Allah telah berfirman dalam kitabNya bahawa kebaikan itu harus disebarkan.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, [Ali-Imran:104-105]
musleh di sini membawa maksud membawa kebaikan kepada orang lain. menyeru kebaikan kepada orang. aakah syurga itu hanya untuk diri sendiri sahaja.?

2. orang yang berpesan dan saling menasihati ke arah kebaikan adalah orang-orang yang beruntung.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. [al-asr: 2-3]
jelas, manusia itu dalam kerugian KECUALI orang2 yang beramal soleh. ayat ini tidak berhenti di sini sahaja. frasa yang perlu kita titikberatkan ialah nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.


maka, CUKUPKAH MENJADI SOLEH SEMATA? tepuk dada tanya iman.

3. orang soleh itu semstinya berilmu. maka, menjadi tanggungjawb setiap muslim itu untuk menyebarkan ilmu seperti saabda baginda dalam hadis sahih

sampaikanlah dariku walau sepotong ayat


sedihnya hari ini, kita melihat ramai orang2 soleh yang tidak memandang kepentingan menyebarkan fikrah mereka. mereka lebih memilih untuk memencilkan diri dari masyarakat. bila tetamu datang, berlari masuk ke dalam bilik. alasannya, malu dan elak dari terlihat aurat. para pembaca sekalian, tidakkah islam itu telah menetapkan cara hidup yang SYUMUL,LENGKAP dan TIDAK MEMBEBANKAN umatnya. subhanallah..Allah mempunyai perancangan yang cukup cantik buat hamba-hambanya. TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN HAMBANYA? betul, malu itu sebahagian daripada iman. akan tetapi, janganlah kerana sifat malu yang tidak bertempat itu memakan usaha dakwah dan penyebaran islam itu sendiri.

sama-sama kita fikirkan dimana silapnya golongan muslim hari ini.?ana bukanlah begitu arif, namun ana berbicara ini dari hati yang melihat sendiri situasi begini. hingga golongan yang kurang faham dengan islam melabelkan kita sebagai kera sumbang yang tidak mahu berukhwah dengan masyarakat. sedangkan hakikatnya, dakwah itu bermula dari tautan ukhwah yang kuat.

nukilan hati hamba Allah yang kerdil

bismillahirrahmaanirrahim...
dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah

menyelusuri hari-hari yang kian mendekati waktu nazaknya, begitu banyak cubaan..bermacam dugaan yang menjengah diri. redha dengan firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat ke 2 yang mafhumnya berbunyi

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

sebagai hambaNya yang dilahirkan sebagai muslim, ana sedar bahawa ujian itu merupakan tarbiyyah dari Allah buat hamba-hambaNya. tiada siapa yang terkecuali. malah, ada hambaNya yang tidak henti-henti menrima tetamu bernama dugaan.

bagi diri ana sendri, tahun 2011 dirasakan tahun yang penuh dengan perkara-perkara yang menguji kesbaran dan kewarasan firkiran. sedang diri di uji secara rohani, mental seakan-akan lemas mencari konklusi. tanggungjawab sebagai muslim tergalas di bahu terasa tidak mampu di pikul lagi. pada Allah diri mengadu. dalam tangis dan sendu itu, ana temui kekuatan yang dicari. ana bangun dari kelemahan yang baru sedikit jika dibanding dengan ujian Rasulullah saw dan para sahabat. mengambil langkah untuk berfikiran positif dengan menerima segala tanggungjawab sebagai salah satu jalan dakwah, jalan yang diseru oleh baginda.

lantas, mehnah yang memberi salam pada hidup ini kian menjadi teman hidup yang lelah sudah mengejar. namun, IMAN MANUSIA ITU TURUN DAN NAIK. fitrah makhluk ciptaan-nya, ana tidak dapat lari dari rebah. tersungkur seketika tatkala emosi masih belum stabil. dan air mata pada waktu itu menjadi sahabat setia.

kini, mungkin tugas rasmi ana kian menghampiri titik noktahnya, namun tugas wajib sebagai KHALIFATULLAH akan terus berjalan tanpa ada sempadan waktu. ana mengakui, segala mehnah yang diterima, itu lah tarbiyyah yang di utus terus dari Allah Ta'ala kepada hambaNya. dan ana mengenal erti redha, tawakal, sabar dan taqwa selama dlam fasa tarbiyyah itu.

harapan ana, agar Allah terus istiqomahkan ana pada jalan jihad ini kerana inilah cita2 tertinggi ana. moga Allah mematikan ana sebagai shuhada nya.

dedikasi buat keluarga ana terutama buat ibu dan ayah tercinta, terima kasih atas pemahaman kalian dengan tugas ini juga sokongan yang dihulurkan. namun, ada sesuatu yang perlu kita perbaiki lagi dan ana pasti, bila itu tercapai, ana sudah bersedia untuk meniggalkan alam dunia.

sehingga bertemu kembali di entry yang akan datang..MOGA REDHA ALLAH BERSAMA KITA..aminn.

Tuesday, February 8, 2011

MIND YOUR LANGUAGE

A few weeks ago, I’ve watched an episode of Mind Your Language. This episode was talking about how people that came from different country speaking English. I can hear that there were many accents of them.

But honestly, I was attracted to this episode because I can see that they have their own effort to learn English. Their desire to learn English bring them into the class although they came far away from their place. From this, I know that language can unit people in this world. In my opinion, they realize that to learn English is important. Furthermore, English is an international language.

Although they are poor in English, yet they seems like understands what each other are talking about. Actually, they are not really understood. For example,  Ali Nadeem. He got confuse when the teacher, Mr Brown asked him to make a sentence. From my observation, almost of the mistake in the dialogue was pronunciation and grammatical error.

However, I was inspired by Mr Brown. He takes the challenge to teach the class although it is a tough effort.  From here, we can say that he is a dedicated teacher and have his own principle. He never surrenders before he tried. Same also with us, if we don’t try, we will never know our own ability.
Over all, this video is good for watching especially for English teacher.  

Thursday, January 20, 2011

..WELCOME TO MY BLOG..

How to enjoy learning English? There are many way to enjoy this lesson. One of it is by blogging.

To write new post on my blog, it is seems to be hard because I have to think some idea or issue that interesting to write.
I decided to write the introduction of my blog and welcome all readers and visitors.  

Welcome to my blog!!!

Welcome to all visitors and readers. This is my new blog. This blog were created especially to improve my English language and as the alternative way to encourage me to learn English.


As a student, I confess that I really poor in English. I really hope that by writing in this blog, my lecturer can help me to find the way that I can learn English in effective way and the most important is to improve my English either in writing, speaking or listening.


I think, the ideas to create a blog like this are interesting and this is one of the right ways to take advantage of internet. This idea was found by our English teacher for this semester. I think, he knows that we like to spend most of our time by surfing the internet. That is marvelous!!!


English language is very important in our daily life. As all we know, English is the international language. So, we have to rich our skills in English by hook or by crook. 


In addition, most of the information around us was provided in English language. So, we have no reason to refuse learning English.
Lastly, by starting this blog, I wish that I can progress my English so I can face my future life confidently.


Thank you very much. See you all in the next post!! J