Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Wednesday, July 20, 2011

Ke Mana Sabarmu

SABAR...
sejauh mana insan mengenal erti SABAR? sekadar memahami dari segi bahasa atau istilah? atau tidak kedua-duanya? sabar itu kah yang dikatakan bila menahan diri dari tidur terlalu lama? sabar itukah yang dimaksudkan apabila tidak menangis bila dimarahi? bagi setiap individu, definisi SABAR itu membawa makna yang berlainan. baik dari segi tahap, perbuatan, pengertian mahupun amalan.

mengecapi kesabaran, sesuatu yang bukan mudah berada dalam genggaman. iman perlu kukuh didalam dada. amalan perlu mantap luar dan dalam. tambahan pula, dengan macam-macam virus yang menjangkiti masyarakat dunia terutama umat ISLAM yang kian rapuh pegangan agamanya. imuniti SABAR dilihat semakin menipis dalam jiwa umat islam terutama REMAJA BELIA yang menjadi tonggak bangsa dan negara di masa akan datang.

manifestasi iman sudah semestinya memilih jalan sabar sebagai medium paling terang untuk mengukur keimanan sesorang. namun, sejauh mana kesahihan fakta ini. rekaan manusia atau Pencipta?

saban hari, manusia tidak terlepas dari di uji dengan mehnah yang bermacam bentuk wujudnya. segalanya hanya dengan satu tujuan iaitu menguji sejauh mana keimanan seseorang. firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Baqarah yang mafhumnya berbunyi


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [29:2]


ternyata, syarat iman manusia itu di uji oleh Allah dan dinilai melalui kesabaran mereka menghadapinya.
jika iman seseorang itu mencapai tahap tertinggi, maka dia akan redha dengan setiap qada' dan qadar Allah, sebaliknya, jika imannya senipis kulit bawang, mudahla dia melatah dengan dugaan sebesar zarah.na'uzubillahi min zalik...moga kita tidak trgolong dalam golongan yang kedua ini.

sesungguhnya, sabar itu begitu penting dalam mengatur hidup seorang hamba kamil. pengalaman penulis sendiri begitu merasai kepentingan SABAR. terutamanya dalam minggu ini di mana diri penulis betul2 di uji ALlah untuk bersabar dengan karenah bermacam ragam manusia, dengan pelbagai bentuk tugas, komitmen dan tanggungjawab. seolah-olah 24 jam itu tidak pernah cukup. hampir setiap 5 minit hp ana akan berbunyi sama ada pesanan ringkas atau panggilan yang masuk. sehingga kan terpksa menukar mode kepada SILENT kerana mahu mencari ruang dan waktu untuk istirehat sebentar sedang ana bukanlah individu yang gemar men"silent"kan hp. namun apakan daya, begitulah kehidupan manusia biasa yang tidak akan selamanya sama.

mengupas lagi tentang isu SABAR ini. penulis ingin berkongsi satu kisah. mungkin rekaan. mungkin juga kenyataan. terpulang dengan pembaca untuk mentafsirkan.heheeeee

suatu malam yang penuh kesibukan, si A baru balik dari outing. nak pergi meeting. lepas solat isya, sahabt si A, iaitu si B, mengadu sesuatu. walau penat, si A tetap jadi pendengar. namun....kestabilan emosi si A kurang baik pada waktu itu lantaran beban kerja yang masih menggunung tergalas dibahunya. bila si B habis mengadu, si A terlepas cakap dengan si B. sudah terlepas, barulah si A perasaan bahawa dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti tu kepada si B. si A tahu, pasti hati sahabatnya itu terguris sampai melimpah-limpah darah kecewanya...apakan daya, nasi telah menjadi bubur. si A blurr...nak buat apa sekarang. belum pun smpat si A nak minta maaf di depan si B, si B dah bawa diri meredah malam yang sepi seorang diri. mebawa sekeping hati yang terluka dek keterlanjuran bahasa si A. si A cuba menyedapkan hati sendiri dgn tidak trlalu memikirkan.
akan tetapi, ikatan ukhwah tidak begitu mudah untuk melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang ringan. dalam hati si A, hanya Allah yang tahu gelojak kerisauannya. panggilan yang dilakukan tidak di layan si B.mungkin(MUNGKIN) mencecah berpuluh panggilan pada 1 malam itu.
begitulah apabila KESABARAN tidak lagi menjadi raja dalam hati. si A begitu meyesal dengan kesalahannya. apa boleh buat, dia hanya mampu menunggu..menunggu..dan terus menunggu...dia tahu apa rasa hati seberang sana...sehinggakan pada malam itu, si A mengambil inisiatif untuk melawat shabatnya si B walapupun A tahu, B pasti tidak mahu untuk memandang wajahnya...SABAR...itu sahaja menjadi pengubat gundah gulana hati si A.

dan sehingga kini..si A masih tersisa rasa bersalahnya terhadap si B walau B telah memaafkannya.

pembaca sekalian.dalam kisah ini dapat kita lihat bila mana sabar telah terbang jauh dari dalam diri seorang insan. sbar yang ditelan dengan beban tugas yang dipikul.

dan sabar itu mula kembali bila A menanti kata maaf dari B.

moga kisah ini serba sedikit menjadi pengajaran kepada pembaca sekalian. yang baik datangnya dari Allah. dan yang kurang itu datangnya dari ana sendiri..

No comments:

Post a Comment