Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Friday, July 1, 2011

CUKUPKAH SEKADAR SOLEH?

bila disebut tentang soleh, ramai yang berpendapat itulah individu sempurna mengikut agama. namun, dukacitanya bahawa menjadi individu soleh sahaja tidak cukup. kenapa?

1. kerana soleh sahaja hanya untuk diri. kebaikan hanya untuk diri sendiri sahaja. sedangkan Allah telah berfirman dalam kitabNya bahawa kebaikan itu harus disebarkan.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, [Ali-Imran:104-105]
musleh di sini membawa maksud membawa kebaikan kepada orang lain. menyeru kebaikan kepada orang. aakah syurga itu hanya untuk diri sendiri sahaja.?

2. orang yang berpesan dan saling menasihati ke arah kebaikan adalah orang-orang yang beruntung.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. [al-asr: 2-3]
jelas, manusia itu dalam kerugian KECUALI orang2 yang beramal soleh. ayat ini tidak berhenti di sini sahaja. frasa yang perlu kita titikberatkan ialah nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.


maka, CUKUPKAH MENJADI SOLEH SEMATA? tepuk dada tanya iman.

3. orang soleh itu semstinya berilmu. maka, menjadi tanggungjawb setiap muslim itu untuk menyebarkan ilmu seperti saabda baginda dalam hadis sahih

sampaikanlah dariku walau sepotong ayat


sedihnya hari ini, kita melihat ramai orang2 soleh yang tidak memandang kepentingan menyebarkan fikrah mereka. mereka lebih memilih untuk memencilkan diri dari masyarakat. bila tetamu datang, berlari masuk ke dalam bilik. alasannya, malu dan elak dari terlihat aurat. para pembaca sekalian, tidakkah islam itu telah menetapkan cara hidup yang SYUMUL,LENGKAP dan TIDAK MEMBEBANKAN umatnya. subhanallah..Allah mempunyai perancangan yang cukup cantik buat hamba-hambanya. TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN HAMBANYA? betul, malu itu sebahagian daripada iman. akan tetapi, janganlah kerana sifat malu yang tidak bertempat itu memakan usaha dakwah dan penyebaran islam itu sendiri.

sama-sama kita fikirkan dimana silapnya golongan muslim hari ini.?ana bukanlah begitu arif, namun ana berbicara ini dari hati yang melihat sendiri situasi begini. hingga golongan yang kurang faham dengan islam melabelkan kita sebagai kera sumbang yang tidak mahu berukhwah dengan masyarakat. sedangkan hakikatnya, dakwah itu bermula dari tautan ukhwah yang kuat.

No comments:

Post a Comment