Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Wednesday, September 26, 2012

Engkau Manusiakah?


kerap kali aku rebah dalam pelukan dosa
walau kuat taubat meronta-ronta
tetap jua datang memenuhi lompangnya iman
siapa bilang setelah berubah hidup kan selamanya berukir senyum?
Siapa bilang bila hidayah menyapa kan selamanya tidak berdosa?
Siapa bilang bila diri dekat dengan Allah tidak di uji?
Kita hamba Allah yang sering dipakaikan dengan khilaf percaturan
Tatkala airmata berhimpit keluar
Kita cenderung menulis tinta hati pada manusia
Sedang Allah menanti-nanti ingatan kita pada-Nya
Manusia…
Makhluk yang sering angkuh
Enggan tunduk walau halilintar datang menerbangkan ego dalam jasad
Masih mendongak ke langit
Mencabar ketinggian kuasa Pencipta
Walau bukti terang didepan mata
Masih jua mahu memutarbelitkan bicara
 
Oh manusia…
Sedarkan apa tujuan engkau ke dunia?
Tahukah apa tanggungjawab engkau dibumi fana?
Ah…
Kenapa masih ingkar?
Kenapa masih gusar?
Kenapa masih sukar?
Untuk terima hakikatnya..
Bahawa engkau ke bumi ini bersama tiket sebagai hamba..
Untuk penuhi hak sebagai hamba..
Kepada Sang Pencipta.

Suam Suam Panasnya Iman Manusia


Iman..
Benarlah seperti rodanya kereta..
Ada di atas dan ada kalanya di bawah…
Tidak seperti malaikat…
Setiap ceruk kehidupan hanya dengan memuji Tuhanya..

Aku..
Hamba Allah yang baru bertatih di jalan tarbiyah..
Masih mentah dan merangkak..
Cuba Mengenal apa itu fikrah islamiah..
Yang kadangkala langkah kaki jatuh dan rebah..
Ditusuk duri lama jahiliyah..

Kehidupan..
Ada waktunya memberi senyuman..
Tapi juga tak lepas dari tangisan…
Warna warni jalan dakwah itulah hiasan
Pada insan yang telah memilih menuju Tuhan

Di saat jatuhnya tahap iman…
Segala kewajipan terasa menyesakkan…
Masa seakan kesempitan..
lautan lagha menjadi hidangan
Makanan mata dan halwa telinga
Siang dan malam ketawa girang..

Dan kini..
Aku mahu kembali
Kembali memuji Tuhan
Atas nikmat dan kasih sayang
Mengangkat tangan meminta kasihan
Pada Allah pencipta alam..
Takburla manusia andai sengaja melupakan..
Menyombongkan diri dari sujud menyembah-Nya..
Ayuh kita segera bangun..
Dari tidur yang terlalu lena
Dari zon yang terlalu selesa..

Monday, July 16, 2012

rona-rona kehidupan



Iman..
Benarlah seperti rodanya kereta..
Ada di atas dan ada kalanya di bawah…
Tidak seperti malaikat…
Setiap ceruk kehidupan mereka hanya dengan memuji Tuhanya..

Aku..
Hamba Allah yang baru bertatih di jalan tarbiyah..
Masih mentah dan merangkak..
Cuba Mengenal apa itu fikrah islamiah..
Yang kadangkala langkah kaki jatuh dan rebah..
Ditusuk duri lama jahiliyah..

Kehidupan..
Ada waktunya memberi senyuman..
Tapi juga tak lepas dari tangisan…
Warna warni jalan dakwah itulah hiasan
Pada insan yang telah memilih menuju Tuhan

Di saat jatuhnya tahap iman…
Segala kewajipan terasa menyesakkan…
Masa seakan kesempitan..
Banyaknya lagha menjadi hidangan
Makanan mata dan halwa telinga
Siang dan malam ketawa girang..

Dan kini..
Aku mahu kembali
Kembali memuji Tuhan
Atas nikmat dan kasih sayang
Mengangkat tangan meminta kasihan
Pada Allah pencipta alam..
Takburla manusia andai sengaja melupakan..
Menyombongkan diri dari sujud menyembah-Nya..
Ayuh kita segera bangun..
Dari tidur yang terlalu lena
Dari zon yang terlalu selesa..


Wednesday, June 27, 2012

ISTIKHARAH CINTA



ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH

hanya itu yang mampu aku ucapkan saat selesainya majlis akad dan bersanding abangku dengan pasangan pilihannya yang telah hampir 7 tahun cinta disemai. bangga sebab abang aku setia. dan aku harap, cinta yang wujud dan djaga selama ini berkekalan sampai syurga..amin...

indahnya perancangan Allah. setelah berbagai halangan dan dugaan, akhirnya ikatan itu sah termaktub...kalau itu memang sudah tertulis di Luh Mahfuz, lama mana pun kita menunggu, banyak manapun dugaan yang mencucuk, pasti itu lah suratannya...yang penting, banyakkan berdoa..gandakan usaha..akhir sekali baru boleh tawakal..yang paling penitng ialaha, redha dengan qada' dan qadar-Nya...yang pasti..

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.[51:49]

dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.[53:45]  

termaktub dalam Al-Quran, kitab suci Tuhan bahawa setiap makhlukNya yang bernyawa telah diciptakan secara berpasang-pasangan. lambat atau cepat, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



bagi yang belum bernikah, apa pula yang perlu kita lakukan?aku bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara soal jodoh ini...huwa2...namun, sedikit coretan ingin aku lukiskan di laman maya ini..mungkin sekadar persoalan untuk pembaca...sebagai seorang akhwat, antara ikhwah dengan hafiz Al-Quran, mana satu jadi pilihan?

menyentuh soal jodoh ni, amat-amat rapat serapat-rapatnya bagai isi dengan kuku, jodoh dan istikharah..istikharah adalah salah satu usaha untuk mendapatkan jawapan terbaik dalam setiap persoalan kita. namun, mentaliti masyarakat hari ini, menyempitkan pemikiran bahawa istikharah itu hanya berkaitan soal jodoh...Oh Tuhanku Yang Agung...betapa hambaMu zaman ini kian menyempitkan konsep ibadah.

tuan-tuan dan puan-puan yang sedang membaca sekalian...
suka untuk hamba ingatkan di sini bahawa, berISTIKHARAHLAH kamu untuk setiap persoalan kehidupan. nak beli kereta ke..rumah ke...beli handphone ke...tidak rugi pon...dapat pahala lagi la ada..kan..kan..kan..
malah Allah perintahkan dalam Al-Quran.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [2:186]

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."[40:60] 

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). [27:62]

ini baru 3..banyak lagi firman Allah tentang seruan berdoa ni...sedang Rasul pun berdoa juga..inikan pula kita, hamba yang dina ni...

jadi, bersama-samalh kita saling ingat-mengingati supaya amalan berdoa dan memohon petunjuk dijadikan kebiasaan dalam hidup kita. berdoa itu salah satu ciri seorang hamba..

Wednesday, February 29, 2012

Apa Ertinya Menjadi Akhwat


Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya

Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.
“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..
Al-Fudhail: Kepahlawanan itu ialah memaafkan segala kekhilafan kawan-kawan.

sumber : http://muharikah.com/archives/260/

Tuesday, February 28, 2012

Cinta Allah vs Manusia


berpijak di bumi Tuhan, kerdilnya rasa ketika melangkah. gerun pada iman di hati yang rebah dijulang tasbih sang kelopak bunga. dalam menikmati indahnya keduniaan, iman bergolak bersama nafsu. saling menumbang antara satu sama lain bersenjatakan syaitan dan bisikan hidayah. timbul persoalan, masih tegarkah iman untuk terus bertarung? masih bertenagakah zahir untuk mengeluarkan peluh dakwah?


keputusan itu bukan satu kesilapan. malah ia terjadi kerana itulah ketentuan Tuhan. mahu ataupun tidak, manusia harus menerimanya. kecintaan kepada dunia sememangnya terlalu membelai jiwa. membawa sukwa terbang ke angkasa. bagaikan dunia, kita yang punya. ketika cinta dalam genggaman tangan, senyum sentiasa menghias muka. tangis jarang sekali bertandang. hati berbunga mekar setaman.

bila cinta hilang dari dalam hati, hidup mula berteka teki. ke mana arah hidup ini? di mana dia yang selalu ada di sisi?

wahai manusia?? perasaan apakah ini? untuk siapa harusnya perasaan ini? dari mana datangnya perasaan ini?? ke mana betulnya arah tuju rasa ini?

pernahkah kita merasa sakitnya begini ketika jauh dari Allah?pernahkah kita merasa beratnya rindu ini ketika zikir semakin kering dari bibir? pernahkah air mata cinta kita menitis bila mengingati azab yang dijanjikan? pernahkah gundah gulana bertamu dalam tabi rhati ketika kewujudan Allah tenggelam dalam tasik ingatan?

wahai hati yang sering dibolak balikkan....
tidak kira cinta yg dulu itu cinta kpada kekasih, cinta kepada sahabat, cinta kepada harta, cinta kepada keluarga atau cinta pada nama. cinta ada Allah mana?

ketahuilah wahai mansia...
apabila kita kehilangan cinta selain cinta-Nya, itulah jalan yang Allah buka untuk kita meraih semula cinta Nya. cinta yang dulunya kita biarkan. cinta yang dulunya kita singkirkan. cinta yang dulunya kita sisihkan. sedangkan cinta itu yang perlu kita kejar kerana cinta itu yang perlu kita gapai kerana cinta itu yang perlu kita cintai.

tidak perlu menangis bila cinta dikhianati.tidak perlu menangis bila cinta tidak lagi setia. kerana cinta kita hanya milik Allah semata-mata.

wahai para hamba yang kehilangan cinta manusia...
hidup ini masih belum ada titik noktahnya. bangunlah dari gagalnya cinta manusia menuju kejayaan cinta Allah.

Sunday, February 12, 2012

Luahan Saat Iman Membungkam


engkau bertanya...adakah engkau dan dia sama...
engkau bertanya lagi...mahu apa darimu...
andai hati sekeras batu...
telah lama ku jawab...
engkau dan dia tidak mungin kan sama...
punya beda dan juga beza...
namun, gerun ku datang memberi salam...
nanti engkau kecewa tahap gaban.
bila mendengar jawapan...
yang mungkin tidak engkau sangkakan...

mampukah sekeping hati yang telah ternoda ini...
menjawab segala persoalan realiti...
sedang diri dalam simpang sepi...
antara kebenaran dan juga kepahitan..
mana satu jadi pilihan...

bila kebenaran telah ku putuskan...
kerikil hampa datang bertandang...
perlu kuhadapi setiap kenyataan..
walau sakitnya bukan kepalang...
membelah lautan tautan sebuah persahabatan...

kini tuntutan telah ku sampaiakan...
tiba waktunya aku menghadap TUhan..
berteman kelemahan memohon kekuatan...
agar diberi ketabahan...
melalui jalan yang masih panjang...

ingin kuterangkan keadaan,,,
lidah kelu penuh diam...
enggan bersuara apalagi berkata-kata...
tentang mengapa kupilih demikian...

dibohong rasa hati..
demi engkau yang kusayangi...
ukhwah ini tak mungkin datang lagi..
mewangi bak harum kemboja pagi...
akhirnya layu ditinggal mati...

pesan akhir dari lidah ini...
mewakili sukma yang merintih tak henti..
memoir silam memanah hati..
memaksa akal mengingat kembali...
saat indah kisah yang pernah tercipta sendiri...

sebaris maaf kupohon abadi...
atas khilaf yang melanda diri..
saat iman jatuh begini..
terasa peritnya di dalam hati...

inikah hujung sebuah janji...?


Friday, February 10, 2012

Akak, ble tolong????

"assalam, kak, tolong saye ble?" begitula lebih kurang mesej yang masuk dalam peti inbox saye dari seorang adek yang sekarang ni boleh di kira mantan mutarabbi saye[sebab sekarang dah shuffle group].hehehe.

saye pon rase berdebar-debar...pa kes adek ni? 

"kenapa?" bermacam-macam yang melayang ke ruang fikiran saye. berita baik ke berita buruk yang akan saye terima nanti eh....ish..

korang agak, berita apa akan saye terima?hihihihihi...

"ada orang minta saya buat usrah" balas adek saye tu..

huh...debar saye pon hilang pelan-pelan..ingatkan kene culik ke, kene rompak ke...hadoiiyaaa..

dipendekkan layangan text ringkas itu tadi.

"alhamdulllah, ok la tu. orang dah bagi kepercayaan." saya dengan semangatnye memberi pandangan.

"alaaa...tak pandaila kak. kalau kakak ade kan bagus, ble tolong sye" dengan nada merengek macam budak setahun, adek sorang ni meluah isi hatinya.

saye pun tunggu beberapa lama nak reply. nak reply ape ek...?? macam mane nak bagi adek tu tak putus asa?

"xpe.buat yang simple2 je dulu. yang penting bina ukhwah dan kepercayaan dengan dorang. ajak jalan2 ke, makan2 ke." saye memberi cadangan untuk membakar semangat.

peluang datang hanya sekali, itu sahaja yang terlintas di fikiran saye. bila ada orang ajak buat usrah, itu merupakan jalan yang Allah bagi kepada kita untuk melabur saham akhirat. 

saye terus beri dorongan kepada adek tu..tapi saye blum update lagi berta terbaru..almaklum, tahun baru, msih sibuk dengan persiapan untuk sepanjang tahun ini.

insyaAllah bersambung pada entry setrusnya.


Monday, February 6, 2012

testing :)


Dengan izin.. hihi.

Terperanjat boboi.. (^.^)

*nak testing blog after renovation..*

Bismillahhirrahmannirrahim..

semoga hari2 kita diberkati Allah.. (=.=)v

Sunday, February 5, 2012

sisipan mimpi mungkin

indah...
bila kita memiliki segalanya...
kita bahagia tak terkata...
dunia bagai milik kita...
senyum mencecah telinga..
hati berbunga-bunga ceria...
lupa bahawa duka kan kunjung tiba..
hanya menanti masa berputar setia...


fitrah seorang insan,.
menyedari bahawa bahagia takkan selamanya di tangan..
pasti ombak tetap jua memukul ketenteraman pantai..
namun.
susahnya untuk meninggalkan kebahagiaan itu..
terpaksa bertarung dengan keinginan juga ketentuan..


tegarnya virus meruntuhkan sebuah ciptaan..
mengguris segala manisnya persahabatn...
tidak meningglkan sisa kenangan..
walau sedikit di ingatan..


tidak mungkin untuk membela lagi..
bila nyata salah diri..
salah yang terlanjur dilahiri..
waktu iman masih tenggelam dalam diri..
tidak sebati...


untuk dia..
yang mengerti apa maksudnya ini...
akui diri pada hati...
sampai masanya membersih diri..
lupakan segala keseronokan yang pernah dikecapi..
bila usia tak menjanjikan lama hidup ini..
desah nafas semakin hampir untuk berhenti..
bila masa terlalu mencemburui...


bersama sekeping hati yang tak mungkin akan tersenyum lagi..
sebaris maaf kuhulur dari sanubari..
bukan meraih simpati..
mahupun mengemis sendiri..
cuma ingin mencari sinar lagi..
apakah masih ada ruang untuk diri..
berdiri dalam saff pertiwi...
memperjuang nama Illahi..
selaras dengan cita-cita di hati...
dalam misi memburu syahid abadi

Thursday, February 2, 2012

Kembara Bumi Tuhan







mengembara jauh dari tanah kelahiran...
demi segulung ijazah yang diperlukan...
bukan untuk diri...bukan untuk duniawi...
namun demi cinta pada abi dan ummi...
yang berkorban segala segi...
tanpa kenal penat diri..
siang malam berdoa untuk anak sendiri...


langkah yang di atur mulanya kabur...
tiada tujuan, tiada haluan...
mengikut rentak kehidupan dunia..
dia ada, aku juga harus ada..
antara kita tiada beza...


susunan Allah itu rahsiaNya..
disebalik kuasa yang dalam genggamanNya..
tapak kaki yang mengembara di bum Tuhan..
mula disuluh indah cahaya..
melalui utusan yang juga ciptaan..


tidak terucap bicara pada lisan..
perasaan yang menghias jiwa insan..
dunia baru digegar...
jalan baru dipagar..


terkadang diri tersesat dipersimpangan..
ingin ke belakang atau ke depan..
memilih dunia ataupun akhirat,..
pilihan sedia di tangan..
hanya iman menjadi batasan..
menyuluh jalan kebenaran...
yang tidak menjanjikan kesenangan...


Tuhan ada berpesan..
hidup di dunia hanya pinjaman...
pentas mencari bekalan..
diusung bersama kebajikan...
menyusuri perjalanan ke padang Masyar..


di sana kita mendepani keadilan..
bukan manusia yang memberi keputusan..
sebaliknya Allah Yang Maha Penyayang..
menghakim setiap perbuatan..
kiri dan kana..belakang dan depan...

Sunday, January 15, 2012

SEPI tak bermakna EMPTY



WAH!!! lama sungguh rasanya tidak menulis..almaklum..tidak dapat menulis dalam hati yang gusar..idea pun kering ..
pada entry kali , insyaAllah sya ingin berkongsi tentang tempat baru sya...siokkk..yuhuuu...alhamdulillah awal tahun 2012 ni, sya ngn 7 org lg housemates sy yang sumanya ayu2, telah selamat berpindah ke rumah baru kami..kalau pada pandangan keduniaan, boleh dikatakan mewah untuk disewa oleh student muda seperti kami..huh..rumah 2 tingkat..ada wireless..ada washing machine..ada tv(tp xde astro la)..amacam??/ loded tak?

heh..tp bukan itu yang ingin di sharing kan...
apa yang lagi lebih siooook ialah..kitorang dapat solat berjemaah setiap waktu.alhamdulillah..itulah nikmat bila hidup sesama muslim yang memahami tuntutan solat berjemaah..

pastu kan...kitorang makin mengenali antara satu sama lain..saling melengkapi walaupun x selalu sangat..hua2....apa2 pun, suma itu baru permulaan..sy harapkan, segala yang baik itu berterusan...sy juga doakan agar kita semua (terutama housemates sy yang ayu + pandai masak) bersatu untuk menjadikan Islam sebagai amalan harian kita...lepas ni, boleh x kita baca mathurat sama2 lak?hehehe..nanti pahala dapat berganda..kan3?

banyak lagi yang kita kena bina? tapi perlahan-lahan la ye..biar lambat asal selamat...cuma..ingat impian kita..iaitu ustaziatul alam..insyaAllah kita mampu mengecapinya kerana Allah dah pun berjanji bahawa kemenangan itu akan datang dalam surat cintaNya yang ke 21. bunyinya:

bahkan Kami lemparkan kebenaran di atas kebatilan itu lalu dipecahkan. tiba2 yang batil itu lenyap. [Al_Anbiya;18]


cuma sekarang..kita kena buat pilhan, nak termasuk pihak mana?
1. bala2 tentera yang berjuang memperoleh kemenangan itu, atau
2. manusia yang hanya menjadi pemerhati dan tidak mendapat apa?


so, apa tunggu lagi kawan..anda mampu mengubahnya...hehehe