
kerap kali aku rebah dalam
pelukan dosa
walau kuat taubat meronta-ronta
tetap jua datang memenuhi
lompangnya iman
siapa bilang setelah berubah
hidup kan selamanya berukir senyum?
Siapa bilang bila hidayah menyapa
kan selamanya tidak berdosa?
Siapa bilang bila diri dekat
dengan Allah tidak di uji?
Kita hamba Allah yang sering
dipakaikan dengan khilaf percaturan
Tatkala airmata berhimpit keluar
Kita cenderung menulis tinta hati
pada manusia
Sedang Allah menanti-nanti
ingatan kita pada-Nya
Manusia…
Makhluk yang sering angkuh
Enggan tunduk walau halilintar
datang menerbangkan ego dalam jasad
Masih mendongak ke langit
Mencabar ketinggian kuasa
Pencipta
Walau bukti terang didepan mata
Masih jua mahu memutarbelitkan
bicara
Oh manusia…
Sedarkan apa tujuan engkau ke
dunia?
Tahukah apa tanggungjawab engkau
dibumi fana?
Ah…
Kenapa masih ingkar?
Kenapa masih gusar?
Kenapa masih sukar?
Untuk terima hakikatnya..
Bahawa engkau ke bumi ini bersama
tiket sebagai hamba..
Untuk penuhi hak sebagai hamba..
Kepada Sang Pencipta.
No comments:
Post a Comment