Matlamat Hidup Ini

Allah matlamat kami ; Rasul itu ikutan kami ; Al-Quran itu perlembagaan kami ; Jihad jalan kami; dan Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami

Sunday, June 16, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!



Rejab berlalu, Syaaban menyapa salam rindu. Kini, ramadhan menanti penuh ghairah untuk di raikan. Tempoh yang tidak sampai sebulan itu, pastinya tidak terasa.

Sebulan berpuasa, syawal menjelma. Bermacam resepi dipilih untuk juadah raya sedang puasa masih lagi berjalan diantara siang dan malam ramadhan. Fenomena masyarakat hari ini tidak dapat tidak pasti akan berbelanja besar untuk menyambut Syawal. Sehingga ramai yang terlupa ramadhan adalah bulan penuh berkat.

Kita seringkali terleka memanfaatkan bulan ramadhan kerana terlalu teruja membuat persiapan menjelang Syawal. Persoalannya, itukah yang dituntut oleh Islam?

Selamat menyambut ramadhan.

Puasa sebenarnya bertujuan mendidik umat Islam untuk meningkatkan tahap keimanan dan kesabaran. Juga mendidik diri untuk sentiasa menambah amal, mengingati saudara yang kurang berkemampuan, di samping mengawal nafsu diri dalam aspek makanan. Malah, di bulan ini sebenarnya peluang terbesar untuk kita diampunkan dosa dan mengelakan diri dari maksiat.

Jika kita lihat, bagaimana keadaan meja makan sewaktu kita berbuka? Pasti penuh dengan pelbagai lauk-pauk mengikut selera seisi rumah. Akhirnya, lebihan makanan tersebut dibazirkan. Al-Quran berfirman dalam surah Al-Isra:27 yang membawa maksud:

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan  itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Ramadhan yang datang sekali setahun mengukir berbagai sejarah dalam Islam. Antaranya penurunan Al-Quran itu sendiri berlaku di bulan ramadhan. Kita seharusnya memuliakan bulan ini dengan menyiapkan diri kita untuk menyambut ramadhan.

Antara persiapan yang boleh kita mulakan dari sekarang ialah menentukan sasaran untuk dicapai dalam ramadhan nanti. Contohnya, melakukan solat malam sekurang-kurangnya 10 kali, mengurangkan bercakap perkara yang sia-sia dan solat tarawih secara penuh di masjid.

Selain daripada itu, apa salahnya kita membeli dan mengamalkan makan buah kurma bermula hari ini. Sesungguhnya memakan kurma itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Berbuka puasa hanya dengan kurma juga sudah mencukupi sebenarnya seperti yang biasa dilakukan oleh baginda junjungan kita.
Ambang ramadhan yang kian dekat, seharusnya memberi kita khabar gembira kerana bulan penuh keampunan datang lagi bertandang. Bulan yang perlu kita hormati ini pastinya membawa seribu satu nikmat buat kita seharusnya, Berdoalah kita agar umur kita masih dipanjangkan untuk sama-sama melalui suasana ramadhan yang penuh berkat ini.

Marilah menjadi umat Islam yang memaknai ramadhan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Berlebih-lebihan itu lebih banyak mendekatkan kita ke neraka. Buatlah persiapan dari segi fizikal dan mental untuk menyambut ramadhan. Bulan yang diberkati Allah ini wajar diraikan dalam suasanan yang selayaknya. Sesungguhnya Islam adalah apa yang kita tunjukkan.

Wednesday, September 26, 2012

Engkau Manusiakah?


kerap kali aku rebah dalam pelukan dosa
walau kuat taubat meronta-ronta
tetap jua datang memenuhi lompangnya iman
siapa bilang setelah berubah hidup kan selamanya berukir senyum?
Siapa bilang bila hidayah menyapa kan selamanya tidak berdosa?
Siapa bilang bila diri dekat dengan Allah tidak di uji?
Kita hamba Allah yang sering dipakaikan dengan khilaf percaturan
Tatkala airmata berhimpit keluar
Kita cenderung menulis tinta hati pada manusia
Sedang Allah menanti-nanti ingatan kita pada-Nya
Manusia…
Makhluk yang sering angkuh
Enggan tunduk walau halilintar datang menerbangkan ego dalam jasad
Masih mendongak ke langit
Mencabar ketinggian kuasa Pencipta
Walau bukti terang didepan mata
Masih jua mahu memutarbelitkan bicara
 
Oh manusia…
Sedarkan apa tujuan engkau ke dunia?
Tahukah apa tanggungjawab engkau dibumi fana?
Ah…
Kenapa masih ingkar?
Kenapa masih gusar?
Kenapa masih sukar?
Untuk terima hakikatnya..
Bahawa engkau ke bumi ini bersama tiket sebagai hamba..
Untuk penuhi hak sebagai hamba..
Kepada Sang Pencipta.

Suam Suam Panasnya Iman Manusia


Iman..
Benarlah seperti rodanya kereta..
Ada di atas dan ada kalanya di bawah…
Tidak seperti malaikat…
Setiap ceruk kehidupan hanya dengan memuji Tuhanya..

Aku..
Hamba Allah yang baru bertatih di jalan tarbiyah..
Masih mentah dan merangkak..
Cuba Mengenal apa itu fikrah islamiah..
Yang kadangkala langkah kaki jatuh dan rebah..
Ditusuk duri lama jahiliyah..

Kehidupan..
Ada waktunya memberi senyuman..
Tapi juga tak lepas dari tangisan…
Warna warni jalan dakwah itulah hiasan
Pada insan yang telah memilih menuju Tuhan

Di saat jatuhnya tahap iman…
Segala kewajipan terasa menyesakkan…
Masa seakan kesempitan..
lautan lagha menjadi hidangan
Makanan mata dan halwa telinga
Siang dan malam ketawa girang..

Dan kini..
Aku mahu kembali
Kembali memuji Tuhan
Atas nikmat dan kasih sayang
Mengangkat tangan meminta kasihan
Pada Allah pencipta alam..
Takburla manusia andai sengaja melupakan..
Menyombongkan diri dari sujud menyembah-Nya..
Ayuh kita segera bangun..
Dari tidur yang terlalu lena
Dari zon yang terlalu selesa..

Monday, July 16, 2012

rona-rona kehidupan



Iman..
Benarlah seperti rodanya kereta..
Ada di atas dan ada kalanya di bawah…
Tidak seperti malaikat…
Setiap ceruk kehidupan mereka hanya dengan memuji Tuhanya..

Aku..
Hamba Allah yang baru bertatih di jalan tarbiyah..
Masih mentah dan merangkak..
Cuba Mengenal apa itu fikrah islamiah..
Yang kadangkala langkah kaki jatuh dan rebah..
Ditusuk duri lama jahiliyah..

Kehidupan..
Ada waktunya memberi senyuman..
Tapi juga tak lepas dari tangisan…
Warna warni jalan dakwah itulah hiasan
Pada insan yang telah memilih menuju Tuhan

Di saat jatuhnya tahap iman…
Segala kewajipan terasa menyesakkan…
Masa seakan kesempitan..
Banyaknya lagha menjadi hidangan
Makanan mata dan halwa telinga
Siang dan malam ketawa girang..

Dan kini..
Aku mahu kembali
Kembali memuji Tuhan
Atas nikmat dan kasih sayang
Mengangkat tangan meminta kasihan
Pada Allah pencipta alam..
Takburla manusia andai sengaja melupakan..
Menyombongkan diri dari sujud menyembah-Nya..
Ayuh kita segera bangun..
Dari tidur yang terlalu lena
Dari zon yang terlalu selesa..


Wednesday, June 27, 2012

ISTIKHARAH CINTA



ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH

hanya itu yang mampu aku ucapkan saat selesainya majlis akad dan bersanding abangku dengan pasangan pilihannya yang telah hampir 7 tahun cinta disemai. bangga sebab abang aku setia. dan aku harap, cinta yang wujud dan djaga selama ini berkekalan sampai syurga..amin...

indahnya perancangan Allah. setelah berbagai halangan dan dugaan, akhirnya ikatan itu sah termaktub...kalau itu memang sudah tertulis di Luh Mahfuz, lama mana pun kita menunggu, banyak manapun dugaan yang mencucuk, pasti itu lah suratannya...yang penting, banyakkan berdoa..gandakan usaha..akhir sekali baru boleh tawakal..yang paling penitng ialaha, redha dengan qada' dan qadar-Nya...yang pasti..

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.[51:49]

dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.[53:45]  

termaktub dalam Al-Quran, kitab suci Tuhan bahawa setiap makhlukNya yang bernyawa telah diciptakan secara berpasang-pasangan. lambat atau cepat, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



bagi yang belum bernikah, apa pula yang perlu kita lakukan?aku bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara soal jodoh ini...huwa2...namun, sedikit coretan ingin aku lukiskan di laman maya ini..mungkin sekadar persoalan untuk pembaca...sebagai seorang akhwat, antara ikhwah dengan hafiz Al-Quran, mana satu jadi pilihan?

menyentuh soal jodoh ni, amat-amat rapat serapat-rapatnya bagai isi dengan kuku, jodoh dan istikharah..istikharah adalah salah satu usaha untuk mendapatkan jawapan terbaik dalam setiap persoalan kita. namun, mentaliti masyarakat hari ini, menyempitkan pemikiran bahawa istikharah itu hanya berkaitan soal jodoh...Oh Tuhanku Yang Agung...betapa hambaMu zaman ini kian menyempitkan konsep ibadah.

tuan-tuan dan puan-puan yang sedang membaca sekalian...
suka untuk hamba ingatkan di sini bahawa, berISTIKHARAHLAH kamu untuk setiap persoalan kehidupan. nak beli kereta ke..rumah ke...beli handphone ke...tidak rugi pon...dapat pahala lagi la ada..kan..kan..kan..
malah Allah perintahkan dalam Al-Quran.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [2:186]

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."[40:60] 

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). [27:62]

ini baru 3..banyak lagi firman Allah tentang seruan berdoa ni...sedang Rasul pun berdoa juga..inikan pula kita, hamba yang dina ni...

jadi, bersama-samalh kita saling ingat-mengingati supaya amalan berdoa dan memohon petunjuk dijadikan kebiasaan dalam hidup kita. berdoa itu salah satu ciri seorang hamba..

Wednesday, February 29, 2012

Apa Ertinya Menjadi Akhwat


Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya

Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.
“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)

Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..
Al-Fudhail: Kepahlawanan itu ialah memaafkan segala kekhilafan kawan-kawan.

sumber : http://muharikah.com/archives/260/

Tuesday, February 28, 2012

Cinta Allah vs Manusia


berpijak di bumi Tuhan, kerdilnya rasa ketika melangkah. gerun pada iman di hati yang rebah dijulang tasbih sang kelopak bunga. dalam menikmati indahnya keduniaan, iman bergolak bersama nafsu. saling menumbang antara satu sama lain bersenjatakan syaitan dan bisikan hidayah. timbul persoalan, masih tegarkah iman untuk terus bertarung? masih bertenagakah zahir untuk mengeluarkan peluh dakwah?


keputusan itu bukan satu kesilapan. malah ia terjadi kerana itulah ketentuan Tuhan. mahu ataupun tidak, manusia harus menerimanya. kecintaan kepada dunia sememangnya terlalu membelai jiwa. membawa sukwa terbang ke angkasa. bagaikan dunia, kita yang punya. ketika cinta dalam genggaman tangan, senyum sentiasa menghias muka. tangis jarang sekali bertandang. hati berbunga mekar setaman.

bila cinta hilang dari dalam hati, hidup mula berteka teki. ke mana arah hidup ini? di mana dia yang selalu ada di sisi?

wahai manusia?? perasaan apakah ini? untuk siapa harusnya perasaan ini? dari mana datangnya perasaan ini?? ke mana betulnya arah tuju rasa ini?

pernahkah kita merasa sakitnya begini ketika jauh dari Allah?pernahkah kita merasa beratnya rindu ini ketika zikir semakin kering dari bibir? pernahkah air mata cinta kita menitis bila mengingati azab yang dijanjikan? pernahkah gundah gulana bertamu dalam tabi rhati ketika kewujudan Allah tenggelam dalam tasik ingatan?

wahai hati yang sering dibolak balikkan....
tidak kira cinta yg dulu itu cinta kpada kekasih, cinta kepada sahabat, cinta kepada harta, cinta kepada keluarga atau cinta pada nama. cinta ada Allah mana?

ketahuilah wahai mansia...
apabila kita kehilangan cinta selain cinta-Nya, itulah jalan yang Allah buka untuk kita meraih semula cinta Nya. cinta yang dulunya kita biarkan. cinta yang dulunya kita singkirkan. cinta yang dulunya kita sisihkan. sedangkan cinta itu yang perlu kita kejar kerana cinta itu yang perlu kita gapai kerana cinta itu yang perlu kita cintai.

tidak perlu menangis bila cinta dikhianati.tidak perlu menangis bila cinta tidak lagi setia. kerana cinta kita hanya milik Allah semata-mata.

wahai para hamba yang kehilangan cinta manusia...
hidup ini masih belum ada titik noktahnya. bangunlah dari gagalnya cinta manusia menuju kejayaan cinta Allah.